Essays.club - Get Free Essays and Term Papers
Search

Swot Analysis - Oil and Gas

Autor:   •  December 3, 2017  •  3,048 Words (13 Pages)  •  1,000 Views

Page 1 of 13

...

DRB-HICOM juga menceburi bidang hartanah, aset dan pembinaan di mana syarikat ini telah membina reputasi yang sebagai pemaju khusus dalam bidang hartanah butik yang telah memberi memanfaatkan seperti Glenmarie, di ana ia telah dibangunkan secara strategik di lokasi-lokasi utama Lembah Kalng dan Wilayah Iskandar Malaysia.

Dalam bidang hospitaliti, DRB-HICOM mempunyai pelbagai aset termasuk Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie, Lake Kenyir Resort di Taman Negara, Terengganu, Vivanta by Taj di Langkawi, dan Glenmarie Golf and Country Club, yang merupakan tuan rumah kepada Kejohanan Golf Piala EurAsia.

DRB-HICOM kini mempunyai lebih daripada 90 operasi syarikat-syarikat dalam stabil dan tenaga kerja melebihi 60,000 orang. Dengan rangkaian yang pelbagai operasi yang saling berkait bagi mewujudkan sinergi, DRB-HICOM telah membina asas yang kukuh dengan potensi yang lebih besar pada masa depan.

KEADAAN SEMASA DRB-HICOM BEROPERASI

DRB-HICOM Bhd. mengumumkan pendapatan kumpulan sebanyak RM2.95 bilion bagi suku pertama tahun kewangan 2016 berakhir 30 Jun lalu 2015 di mana kumpulan berkenaan telah mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM16.68 juta pada suku semasa, disebabkan oleh sumbangan yang lebih rendah daripada sektor automotif. DRB-HICOM berpandangan bahawa industri automotif kini menghadapi cabaran dalam penjualan kenderaan bermotor disebabkan pelbagai faktor termasuk dasar kelulusan pinjaman lebih ketat, sentimen pengguna yang lemah dan persaingan lebih sengit.

DRB-HICOM merupakan satu Kumpulan Perniagaan dengan pelbagai portfolio produk dan perkhidmatan meliputi pelbagai sektor perniagaan, telah terjejas akibat daripada sentimen pasaran semasa dan landskap ekonomi serta perniagaan yang mencabar. Bagi mengurangkan kesan daripada keadaan pasaran semasa ini, DRB-HICOM mengambil langkah proaktif dengan menguruskan kos perniagaan melalui kawalan kos yang efektif.

Selain itu, DRB-HICOM juga mengoptimumkan sumber, menambah baik kecekapan operasi dan melaksanakan jualan lebih agresif serta inisiatif pemasaran di seluruh kumpulan perniagaan mereka. DRB-HICOM merupakan salah sebuah konglomerat utama Malaysia dengan perniagaan berteraskan bidang automotif dan pertahanan, perkhidmatan, hartanah, aset dan pembinaan.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Tan Sri Mohd Khamil Jamil ,DRB-Hicom juga tidak mempunyai rancangan untuk menaikkan harga kereta dalam pengurusannya dalam masa terdekat walaupun kedudukan ekonomi yang mencabar. Beliau menambah, Kumpulan DRB-HICOM telah menyediakan pelan bagi menampung impak ekonomi yang perlahan serta penyusutan ringgit. Pelan itu akan dijalankan di pejabat korporat dan di seluruh syarikat operasi menerusi pengurusan aliran tunai dan langkah sensitif kos.

Tan Sri Mohd Kamil Jamil juga menyatakan segmen automotif secara semula jadinya terjejas disebabkan kebanyakan keluaran kumpulan membabitkan badan siap bina, manakala hartanah kami turut terjejas berikutan kurang pembeli yang layak untuk memperoleh pinjaman perumahan. Keadaan ini disebabkan perniagaan teras konglomerat itu meliputi automotif, perkhidmatan dan hartanah. Walaubagaimanapun, DRB-HICOM sentiasa mengambil langlah menangani impak penurunan nilai ringgit. Kumpulan akan menyerap kos kerana organisasi ini sensitif terhadap pembangunan ekonomi negara dan mahu membantu rakyat dan kerajaan menangani kesukaran yang dihadapi sekarang.

CABARAN DAN MASALAH DIHADAPI DRB-HICOM

Kumpulan DRB-HICOM mempunyai asas yang kukuh dalam menjalankan perniagaan dalam pelbagai sektor. Oleh yang demikian, amat sukar bagi DRB-HICOM untuk menghadapi sebarang masalah dalam cabaran ekonomi kini. Walaubagaimanapun, Kumpulan DRB-HICOM harus bersiap sedia dalam menghadapi sebarang kesukaran dan tekanan luar jangkaan organisasi berkenaan. Organisasi perlu mengenalpasti cabaran atau masalah yang mungkin akan dihadapi oleh DRB-HICOM.

Antara cabaran yang akan dialami oleh organisasi adalah tekanan akibat daripada proses globalisasi dan persaingan yang timbul kesan daripada peningkatan liberalisasi iaitu selaras dengan pembentukan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) dan Perjanjian Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO). Tekanan persaingan antara organisasi samada peringkat nasional atau global ini akan menyumbang kepada perpecahan segmen pembeli dan penjual yang akan memberi pertumbuhan yang negatif kepada organisasi. Selain itu, persaingan yang sengit kesan daripada kemasukan firma-firma gergasi tempatan yang lebih kukuh dari segi kewangan ke dalam industri ini juga akan menyebabkan keadaan kos DRB-HICOm akan meningkat dari segi publisiti dan promosi penjualan produk dan perkhidmatan syarikat.

Perubahan dalam persekitaran Industri Pembangunan Hartanah dari aspek citarasa pembeli, inovasi dan teknologi juga boleh menyumbang dalam kancah masalah organisasi kerana ia memberi pilihan kepada pembeli dan pembekal dalam memastikan mereka memperolehi produk dan perkhidmatan yang terbaik. Justeru itu, DRB-HICOM perlu meningkatkan inovasi dan teknologi organisasi mereka menjadi lebih canggih bagi menarik minat pembeli dalam memberikan perkhidmatan dan produ yang cekap dan efisyen.

Ketidakstabilan ekonomi ini membantu dalam meningkatkan kos dan harga bahan binaan dan menyebabkan pemaju perumahan terpaksa menaikkan harga rumah bagi menampung kos harga bahan mentah. Keadaan ini turut mempengaruhi Kumpulan DRB-HICOM kerana salah satu sektor perniagaan syarikat ini adalah dalam bidang hartanah. Ia akan memberi impak terutama dari segi persaingan dikalangan pembeli dan pembekal bahan mentah untuk pembinaan infrastruktur. DRB-HICOM perlu mencari alternatif lain untuk memperolehi bahan mentah berkenaan di luar negara dengan harga yang lebih kompetitif. Kumpulan ini juga perlu mengadakan perjanjian persefahaman dengan organisasi lain dalam pembekalan bahan mentah terutamanya dari aspek hartanah dan binaan bagi memastikankan bekalan ini sentiasa mencukupi.

Prosedur birokratik dalam agensi kerajaan terutama dalam mendapatkan kelulusan dan sijil layak menduduki juga adalah cabaran yang perlu dihadapi oleh DRB-HICOM. Oleh yang demikian, Kumpulan ini perlu mengadakan hubungan yang baik dan positif dengan agensi kerajaan berkenaan bagi memudahkan kelulusan yang diperlukan. Selain itu, DRB-HICOM juga perlu menyertai program-program CSR (Corporate Social Resposibility) yang dianjurkan oleh jabatan atau Agensi Kerajaan bagi memperkukuhkan hubungan kerja dan menjalinkan hubungan yang positif dengan masyarakat setempat dan global secara amnya.

KEKUATAN DAN KELEMAHAN SYARIKAT

Kumpulan DRB-HICOM perlu menjalankan analisa terhadap maklumat-maklumat dan pengurusan pentadbiran dalam organisasi mereka.

...

Download:   txt (23.8 Kb)   pdf (128.2 Kb)   docx (19.2 Kb)  
Continue for 12 more pages »
Only available on Essays.club