Essays.club - Get Free Essays and Term Papers
Search

Zaman Renaissance (in Malay)

Autor:   •  May 17, 2018  •  1,182 Words (5 Pages)  •  693 Views

Page 1 of 5

...

Ini menjelas kan bahawa sekiranya wujud sifat berperikemanusiaan dalam diri manusia itu, naluri untuk membalas jasa baik yang dihulurkan itu akan lahir dengan tulus ikhlas. Ia ibarat satu kitaran yang tiada putusnya jika perkara baik ini berterusan. Dari satu insan ke insan lain, begitulah psikologikalnya perkara positif terus menyumbang kepada seluruh benda hidup di atas muka bumi ini. Perkara ini tampak seperti biasa, namun begitu jika dilihat secara batinnya, impak yang diperoleh daripada perkara yang baik amat memberi kesan yang mendalam terhadap manusia dan persekitaran sekeliling kita.

Tugasan 3

Prinsip hidup amat penting dalam membentuk jati diri dan insan yang cemerlang. Saya juga ada prinsip yang menjadikan saya seorang insan yang berjaya sampai ke menara gading untuk segulung ijazah dan berbidang ilmu untuk meniti kehidupan di bumi yang semakin uzur ini. Prinsip saya adalah jangan pernah berputus asa dalam apa jua keputusan dan tindakan yang saya ambil dan apa jua keputusan yang saya terima.

Selain itu, selalulah bersyukur atas rezeki tuhan yang telah dikurniakan atas diri kita walaupun ianya baik atau buruk. Sesungguhnya yang baik itu adalah rezeki darinya dan yang buruk itu kesilapan diri kita sendiri. Namun, tersirat hikmah di atas setiap apa jua yang berlaku. Selalulah mengucap kata syukur disaat kita dalam kesenangan mahupun kesusahan.

Saya juga punya matlamat hidup iaitu untuk mencapai kejayaan dan mengejar rezeki Allah swt sehingga saya dapat menyumbang kebaikan kepada semua manusia yang memerlukan bantuan disaat mereka kesusahan. Ayah pernah berpesan, belajar lah sehingga akhir umur kita kerana ilmu itu tidak pernah habis dan gunakan ilmu yang ada untuk berbakti kepada manusia lain. Saya juga punya sahabat yang banyak memberi motivasi agar jangan cepat berputus asa, kerana di setiap pengakhiran untuk siapa yang berusaha, pasti akan ada hasil dan berjaya dalam hidupnya.

Jelas sekali matlamat hidup saya ini diwarnai oleh ibu bapa dan rakan taulan yang banyak membantu secara zahir mahupun batin. Kelompok pesekitaran terdekat seperti keluarga,rakan,buah hati dan guru adalah amat penting dalam membina motivasi diri kita. Secara tidak langsung , mereka ibarat sokongan yang tidak pernah habis dalam memberi anspirasi dan inspirasi untuk kita terus maju. Oleh itu, hargai lah orang disekeliling kita kerana tanpa mereka, kita ibarat sampan tiada dayungnya.

Tugasan 4

Ugama ibarat tiang seri dalam hati setiap manusia di atas muka bumi ini. Jikalau manusia itu lahir tanpa ugama, nescaya hidupnya terumbang ambing kerana sifat dan naluri manusia sendiri yang memerlukan pegangan hidup. Fungsi utama ugama adalah untuk membekalkan ilmu yang menunjukkan jalan yang benar dalam meniti arus kehidupan ini. Ugama amat berkait rapat dengan yang hidup dan yang mati

...

Download:   txt (8.4 Kb)   pdf (47.9 Kb)   docx (13.6 Kb)  
Continue for 4 more pages »
Only available on Essays.club