Essays.club - Get Free Essays and Term Papers
Search

Perayaan Perayaan Kaum India Di Malaysia (malay)

Autor:   •  October 4, 2017  •  8,638 Words (35 Pages)  •  1,607 Views

Page 1 of 35

...

Senarai Carta

BIL.

TAJUK

MUKA SURAT

Carta Pai 1

Demografi Responden Mengikut Kaum

25

Carta Pai 2

Demografi Responden Mengikut Jantina

27

Carta Pai 3

Bilangan Responden Terhadap Kebetulan Dan Kesalahan Pernyataan-pernyataan Tersebut

28

Carta Pai 4

Analysis tentang pemadanan responden-responden terhadap perayaan kaum India yang disambut di Malaysia dengan pernyataan yang sesuai (Hari Deepavali)

31

Carta Pai 5

Analysis tentang pemadanan responden-responden terhadap perayaan kaum India yang disambut di Malaysia dengan pernyataan yang sesuai (Hari Thaipusam)

32

Carta Pai 6

Analysis tentang pemadanan responden-responden terhadap perayaan kaum India yang disambut di Malaysia dengan pernyataan yang sesuai (Hari Thaiponggol)

33

Senarai Rajah

BIL.

TAJUK

MUKA SURAT

Rajah 1

Demografi Responden Mengikut Umur

26

1.0 Pengenalan

Orang India merupakan kaum yang ketiga besar dalam negara Malaysia. Mereka datang ke Malaysia semasa zaman penjajahan British di Malaya. Orang Inia yang datang ke Tanah Melayu kebanyakkn berasal dari India Selatan di mana sebahagian besar terdiri dari orang Tamil, ada sebahagian juga datang dari Sri Lanka. Pada zaman dahulu kaum, kebanyakkan mereka bekerja di ladang-ladang getah.Kaum India merupakan satu kaum yang penting untuk membentuk sesebuah negara yang majmuk di negara kita. Menurut kajian, kaum India mempunyai banyak adat yang perlu diamalkan semasa perayaan-perayaan kaumnya.

Perayaan pertama yang akan kita bincangkan ialah Hari Deepavali. Deepavali atau Perayaan Cahaya pada bulan Aipasi mengikut kalendar Tamil (Oktober-November) merupakan masa untuk bergembira bagi penganut agama Hindu. Mengikut putaran 12 bulan, Deepavali akan muncul setiap kali masuk bulan yang dikenali sebagai Aipasi. Perayaan ini menandakan kemenangan; kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan. Menurut lagenda, hiasan ‘kolam atau rangoli’ ini merupakan lambang penyembahan Dewa Lakshimi, Dewa Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan ‘kolam atau rangoli’ di pintu masuk rumah mereka. Ini sebagai tanda selamat dan rahmat supaya setiap rumah mendapat kesejahteraan. Perayaan bermula dengan upacara bersembahyang dan diikuti dengan kunjungan anak-saudara malah rakan daripada bangsa dan agama lain juga dialu-alukan.

Seterusnya, penganut agama Hindu akan meraikan hari Thaipusam pada bulan Januari sebagai tanda penghormatan kepada Dewa Murugan. Menurut legenda, peristiwa itu dikaitkan dengan Dewi Parwati yang menyerahkan senjata berbentuk tombak suci kepada Murugan bagi menghancurkan roh jahat Soorapadman yang mengganggu ketenangan para dewa dan resi. Dewa Murugan akhirnya berjaya mengalahkan roh jahat tersebut pada hari Pusam Nakshatra iaitu bulan Thai dalam kalendar agama Hindu.Pada hari itu, semua penganut agama Hindu akan menunaikan nazar dan menebus dosa atau memohon ampun atas dosa-dosa yang telah dilakukan sepanjang tahun. Nazar ialah memohon hajat kepada Dewa Murugan dan jika permintaan dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran. Mereka akan membawa susu yang diisi dalam belanga kerana susu itu dianggap paling suci dan akan dihias dengan pelbagai corak, warna, daun dan benang. Belanga ini akan dijunjung di atas kepala dari luar kuil sehingga ke dalam kuil. Lelaki penganut Hindu juga akan mencakur rambut dengan mewarnakan kepala yang botak itu dengan warna kuning daripada kunyit untuk melepaskan atau menunaikan nazar atau melupakan sesuatu peristiwa yang sedih dan menanti hari yang baik. ‘Kavadi’ akan dibawa atau dijunjung di atas bahu atau di atas kepala. Antara hiasan utama kavadi ialah bulu burung merak dan bunga-bungaan.

Selain itu, kaum India akan meraikan perayaan Thaiponggol pada pertengahan bulan Januari semasa sempena musim menuai bagi menandakan kesyukuran terhadap hasil yang diterima. Ini merupakan pesta keramaian bagi merayakan hasil tuaian padi dan masakan nasi Ponggal akan ditanak dengan menggunakan beras dari hasil tuaian yang pertama. Masyarakat India bertanda terima kasih kepada Dewa Matahari (Sooriyan) kerana usaha para petani telah membuahkan hasil. Sebelum hari tersebut, penganut Hindu akan membeli belanga yang diperbuat daripada tanah liat sebagai persediaan menyambut perayaan Ponggal atau pesta menuai. Mereka juga akan menghias rumah dengan mengikat batang tebu dan daun pokok mangga. Kaum India akan meraikan selama empat hari berturut-turut iaitu Bhogi (Kenduri Simati), Bitthu Ponggol (rumah terbuka), Maatu Ponggol (Meraikan Lembu) dan hari terakhir, Kanni Ponggol iaitu meraikan anak gadis yang diadakan pada 16 Januari.

1.1PERNYATAAN MASALAH

A) GENERASI MUDA KAUM INDIA TIDAK MEMAHAMI PERAYAAN KAUM INDIA.

Generasi muda mempunyai tahap pemahaman yang rendah terhadap perayaan kaum India. Mereka tidak berminat untuk memahami budaya perayaan dan mereka beranggapan perbuatan memahami perayaan adalah membosankan lagi membazir masa. Sebahagian mereka menyatakan bahawa pemahaman tentang perayaan- perayaan adalah tanggungjawab nenek moyang mereka. Jadi, budaya menyambut perayaan kaum India semakin terpupus kerana kepentingan perayaan- perayaan terhadap mereka telah diabaikan.

B) GENERASI MUDA KAUM INDIA LEBIH TERPENGARUH DENGAN BUDAYA BARAT DALAM MENYAMBUT PERAYAAN KAUM INDIA.

Cara menyambut perayaan- perayaan dengan cara tradisional tidak lagi diikuti oleh generasi muda. Budaya barat mempengaruhi cara

...

Download:   txt (67.7 Kb)   pdf (294.6 Kb)   docx (52.2 Kb)  
Continue for 34 more pages »
Only available on Essays.club