Essays.club - Get Free Essays and Term Papers
Search

Mic 1946-1957

Autor:   •  May 20, 2018  •  1,447 Words (6 Pages)  •  573 Views

Page 1 of 6

...

Isi sosial yang seterusnya adalah, masalah kerakyatan dan permit kerja.Selepas kemerdekaan masyarakat India telah berdepan dengan hak kerakyatan, dimana kefasihan berbahasa melayu dijadikan prasyarat penting untuk mendapatkan hak kerkyatan.Ini menyebabkan ramai di antara masyarakat India sukar atau gagal untuk mendapatkan hak kerakyatan.Menyedari hakikat ini, Tun Sambanthan telah membawa perkara ini kepada kerajaan.Akibatnya kerajaan mula melongarkan syarat kefasihan berkomunikasi dalam Bahasa Melayu.Hasilnya selepas itu seramai 220 000 orang India mendapat hak kerakyatan secara outomatik sementara seramai 186 000 orang India berjaya memiliki sijil kelahiran.Namun demikian kegagalan MIC untuk menyebarkan maklumat tepat tentang isu kerakyatan telah menyebabkan ramai orang India telah balih ke Negara asal mereka.

Pada tahun 1968 kerajaan telah memperkenalkan dasar permit kerja.Pemilik permit kerja ini tidak mempunyai kerakyatan malah permit tersebut hanya sah digunakan bagi tempoh masa yang ditetapkan .Ini bermaksud setelah tamat tempoh pemilik perlu meninggalkan negara.Di sini masyarakat India didapati kebanyakannya menjadi mangsa.Sebagai ketua MIC Tun Sambanthan telah mengadakan rundingan dengan kerajaan.Dengan itu kerajaan telah memperbaharui lebih 58 000 permitdan telah menyatakan bahawa mereka ini adalah layak untuk menjadi warganegara Malaysia.

Dari segi pendidikan pula masyarakat India didapati agak ketinggalan. Justeru Tun Sambanthan telah membawa pelbagai langkah dalam usaha mempertingkatkan taraf pendidikan anak-anak pekerja ladang India.Lngkah pertama yang diusahakan oleh beliau adalah mempamerkan Dasar Pelajaran Kebangsaan iaitu perkara yang digariskan oleh Penyata Razak.Ini menyedarkan masyarakat tentang penyelarasan sistem pendidikan negara segaligus membolehkan masyarakat mengikuti perkembangan sistem tersebut agar tidak ketinggalan.Selain iti beliau juga banyak menekankan perkembangan sekolah-sekolah Tamil.Dalam usaha tersebut beliau telah menyumbangkan tanah kepunyaan keluarganya di Sungai Siput, Perak bagi tujuan pembinaan sekolah.Sekolah tersebut dinamai sebagai Mahatma Gandhi Kalsalai.Selain itu beliau juga telah menyarankan penubuhan Tabung Pekerja Imigrasi India Selatan , bagi membiayai pendidikan anak-anak pekerja estet.Tambahan lagi, rancangan Apprenticeship scheme turut diperkenalkan olehnya.Rancangan ini adalah untuk pembangunan pendidikan kemahiran teknikal.

Dalam bidang kesusasteraan pula, Tun Sambanthan telah menggesa masyarakat India untuk menghasilkan karya-karya yang bermutu tinggi agar memberi manfaat kepada masyarakat.Beliau telah menggalakkan para sasterawan untuk menterjemahkan karya-karya yang bermutu tinggi terutama dari bahasa Melayu kepada bahasa Tamil.Ini telah memberi peluang kepada kelahiran penulis tempatan yang ramai.

Akhir sekali antara masalah paling serius yang dihadapi masyarakat India adalah masalah fragmentasi ladang ataupun perpecahan ladang.Ini berlaku apabila British menjual tanah-tanah mereka kepada orang-orang Cina. Pemindah milikan tanah ini menyebabkan ramai pekerja ladang kehilangan pekerjaan.Apa yang lebih menyedihkan adalah ramai masyarakat India yang kehilangan pekerjaan bertindak meninggalkan Malaysia.Selain itu fragmentasi tanah juga telah menyebabkan banyak sekolah Tamil terpaksa ditutup.Walau bagaimanapun, tindakan Tun Sambanthan melalui pembentukkan NLFCS sedikit sebanyak menyelamatkan keadaan walaupun tidak secara menyeluruh.

Kesimpulannya, peranan Tun Sambanthan dalam perkembangan dan kemajuan masyarakat India tidak dapat dinafikan.Namun demikian, terdapat banyak masalah yang menyekat perlicinan tindakan-tindakan beliau seperti pergelutan politik contohnya dengan NUPW dan masalah bebanan hutang yang tinggi.Tambahan lagi para pemimpin juga telah gagal untuk membawa kesedaran kepada masyarakat.

...

Download:   txt (10.8 Kb)   pdf (51.7 Kb)   docx (14.4 Kb)  
Continue for 5 more pages »
Only available on Essays.club