Ancaman Khinzir Terhadap Kesihatan Manusia
Autor: Adnan • May 6, 2018 • 4,068 Words (17 Pages) • 806 Views
...
Lithuanian Native
Khinzir jenis ini pula berasal dari Lithuanian yang juga dikenali dengan nama lain iaitu Vietines Kiaules. Mempunyai warna yang berlainan iaitu putih, hitam dan keperangan namun, kebanyakannya terdiri daripada pelbagai warna. Berat bagi jantan dewasa adalah 260 kg manakala betina dewasa 180 kg.
Mong Cai
Negara Vietnam merupakan asal bagi khinzir Mong Cai. Badannya bersaiz kecil hingga ke sederhana. Kepalanya hitam serta telinga kecil dan tegak. Tompokan hitam di badan dan jalur putih dari satu bahagian perut ke bahu hingga ke bahagian lain perut.
Mukota
Pada asasnya terdapat dua kelas ; satu pendek, gemuk dan muncung pendek dan satu lagi hidung panjang dan belakangnya yang tajam berwarna hitam. Terkenal kerana lasak dan boleh sesuaikan diri dengn suasana tropika terutama sekali kepanasan, daya ketahanan yang tinggi walaupun dengan zat makanan yang kurang sesuai. Pengambilan air yang rendah iaitu 6 liter untuk seekor anak adalah cukup untuk seminggu. Umur bagi khinzir mukota untuk mula beranak ialah dari 6 hingga 12 bulan.
Mora Romagnola
Daerah Ravenna, Itali merupakan negara asal khinzir Mora Romagnola. Iannya berwarna perang dengan “coppery hue”. Khinzir betina mempunyai bulu yang tebal dan panjang di bahagian belakang dan kulit kelabu gelap dengan warna merah jambu di bahagian bawah. Ia berbadan panjang dengan kepala panjang dan telinga mengahadap ke hadapan dan menutup muncung yang panjang dan tirus. Purata berat matang adalah di antara 250 kg hingga 300 kg.
Moura
Negara asal khinzir jenis Moura adalah di Brazil. Merupakan baka yang jarang didapati. Khinzir ini juga dikenali dengan pelbagai nama lain seperti, Estrela, Estrelense, Mouro dan Pereira. selalunya ia berwarna biru dan kadang-kadang merah.
Ningxiang
Berasal daripada daerah Hunan, China. Nama lain bagi khinzir ini adalah Ninsya atau Ninsyan daripada bahasa Russia, dan Ning-Chang daripada Jerman. Bulu bercorak “awan hitam dengan salji serta cecincin perak mengelilingi tengkuk”.
Ossabaw Island Hug
Khinzir ini berasal dari negara Georgia iaitu di Pulau Ossabaw. Warnanya termasuklah hitam, tompok hitam dan putih, putih, merah dan keperangan. Ia berbadan kecil, telinga tegak, berbulu berat dan muncung yang panjang.
ANCAMAN KHINZIR TERHADAP KESIHATAN MANUSIA DARI SEGI SAINTIFIK
Di dalam al-Quran ada dinyatakan bahawa khinzir merupakan najis yang haram jika disentuh dan haram untuk dimakan oleh umat Islam. Khinzir juga turut diharamkan dalam agama Yahudi dan Gereja Masehi Advent di kalangan penganut Kristian dan terdapat agama yang lain juga turut menlarang penganut agamanya dari memakan khinzir. Berikutan daripada salah satu aspek saintifik yang menunjukkan kajian tentang DNA khinzir bahawa struktur genetik khinzir adalah terhampir dengan struktur genetik manusia berbanding haiwan-haiwan lain.
Penyakit-Penyakit yang Berpunca Dari Khinzir
Menurut Dr Murad Hoffman, Daniel S.Shapiro, MD iaitu merupakan seorang Pengarah Clinical Microbiology Laboratories, Boston Medical Center, Massachusetts, dan juga merupakan penolong Profesor di Pathology and Laboratory Medicine, Boston University School of Medicine, Massachusetts, Amerika Syarikat menyatakan terdapat lebih dari 25 penyakit yang boleh berpunca dari khinzir. Di antaranya,
Anthrax
Ascaris suum
Botulism
Brucella suis
Cryptosporidiosis
Entamoeba polecki
Erysipelothrix shusiopathiae
Flavobacterium group IIb-like bacteria
Influenza
Leptospirosis
Pasteurella aerogenes
Pasteurella multocida
Pigbel
Rabies
Salmonella cholerae-suis
Salmonellosis
Sarcosporidiosis
Scabies
Streptococcus dysgalactiae (group L)
Streptococcus milleri
Streptococcus suis type 2 (group R)
wine vesicular disease
Taenia solium
Trichinella spiralis
Yersinia enterocolitica
Yersinia pseudotuberculosis.
Analisis kimia dari darah khinzir menunjukkan adanya kandungan asid urik yang tinggi iaitu suatu adunan kimia yang berbahaya kepada kesihatan manusia yang bersifat racun. Asid urik adalah sampah dalam darah yang terbentuk akibat metabolisme tubuh yang tidak sempurna yang akibat daripada kandungan purine dalam makanan. Dalam tubuh manusia, senyawaan ini dikeluarkan sebagai kotoran, dan 98% dari asid urik dalam tubuh, dikeluarkan dari dalam darah oleh ginjal. Khinzir adalah perumah (host) kepada berbagai macam parasit dan penyakit berbahaya. Sistem biochemistry babi mengeluarkan hanya 2% dari seluruh kandungan asid uriknya, sedangkan 98% bakinya kekal tersimpan dalam tubuhnya.
Penelitian ilmiah moden di dua negara Timur & Barat, iaitu China dan Sweden menyatakan bahawa daging babi merupakan penyebab utama kanser anus & kolon. Peratus penderita penyakit ini di negara-negara yang penduduknya memakan babi, meningkat secara drastik, terutama di negara-negara Eropah, dan Amerika, serta di negara-negara Asia (seperti China dan India). Sementara di negara-negara Islam, peratusannya amat rendah, sekitar 1/1000. Hasil kajian ini diterbitkan pada 1986, dalam Persidangan Tahunan Sedunia tentang Penyakit Alat Pencernaan, yang diadakan di Sao Paulo, Brazil.
Di dalam badan khinzir mengandungi parasit, bakteria, bahkan virus yang berbahaya, sehingga dikatakan sebagai reservoir (takungan) penyakit. H1N1 merupakan salah satu virus yang berbahaya. Virus normal Al iaitu Strain H1N1
...